seksa mninggalkan limaa solat fardhu..

Barang siapa yang meninggalkan sembahyang fardu, seksanya umpama:-

Subuh:

  • Allah akan mencampakkannya ke dalam neraka jahanam selama 60 tahun. 

Zuhur:

  • Dosanya seperti membunuh seribu orang Islam. 

Asar:
  • Dosanya seperti meruntuhkan Kaabah. 

Maghrib:
  • Dosanya seperti berzina dengan ibu atau bapanya sendiri. 

Isyak:
  • Allah berseru kepada mereka, "Hai orang yang meninggalkan solat Isyak, bahawa Aku tidak lagi reda engkau tinggal di bumi-Ku dan menggunakan nikmat-nikmat-Ku." Segala gerak - gerinya seperti pakai, makan, tidur adalah berdosa kepada Allah. 

15 azab mninggalkan solat..

sabda Rasulullah s.a.w : 
“Barangsiapa yang memudahkan dan mensia-sia akan sembahyang lima waktu, nescaya akan diseksa oleh Allah SWT dengan lima belas siksa. Enam didalam dunia, tiga ketika hendak mati, tiga didalam kubur, dan tiga lagi semasa waktu bangun dari kubur menuju akhirat”



1. Enam siksaan semasa di dunia
  • Umur tidak diberkati, hidup panjang tetapi kosong dari amalan kebajikan
  • Rezeki tidak diberkati
  • Tipadamkan tanda mukanya dari orang-orang yang soleh
  • Tiada mendapat bahagian dari doa orang-orang yang soleh
  • Tiap-tiap amalannya tidak diterima oleh Allah
  • Tidak diangkat doanya, doanya tidak dimakbulkan oleh Allah
2. Tiga siksaan semasa hendak mati
  • Mati dalam keadaan sangat hina, tidak dapat mengucap dua kalimah syahadah
  • Dimatikan oleh Allah dalam keadaan dahaga, walaupun diberi minum dengan air laut, ia tidak dapat menghilangkan dahaganya
  • Mati dalam keadaan yang sangat lapar
3. Tiga siksaan semasa di dalam kubur
  • Allah menyempitkan kuburnya sehingga berlaga tulang rusuk kanan dengan tulang rusuk kiri
  • dibukakan salah satu pintu neraka di dalam kuburnya
  • Allah mewakilkan seorang malaikat untuk menyiksanya sehingga hari kiamat bersama seekor ular yang bernama Suju’al Akruk yang matanya dari neraka, kukunya dari besi neraka, dan panjang kukunya sehari perjalanan, dan suaranya seperti petir
4. Semasa hari kiamat
  • Turun seorang malaikat dari langit iaitu malaikat azab dengan rantai dari api neraka yang panjang tujuh puluh hasta dengan menusukkan rantai tersebut kedalam mulutnya hingga keluar rantai itu melalui duburnya dan menghela sekali dibahagian muka dan belakangnya
Sama-sama kita memperelokkan solat kita agar kita terlepas daripada siksa tersebut. Jika ada yang tinggal sebelum ini, gantilah solat tersebut selagi kita masih bernyawa. Selagi pintu taubat masih terbuka.
By: atiqsalleh


jadikan Allah ada dlm hati kita

Di pinggir sebuah bandar, seorang lelaki berbadan tegap merenung tajam lelaki tua yang berada di depannya.

“Wahai ulama. Katakan kepadaku, apakah benar Allah itu wujud?”

Dengan tenang, lelaki tua membuka bicara.

“Anak muda, lihat pokok itu. Dari mana asal pokok itu?”

“Mestilah dari benihnya.”

“Jika begitu, lihat pula dirimu. Dari mana asal dirimu?”

“Aku berasal dari ibubapa ku. Mereka melahirkan aku.”

“Maka, kau bersetuju jika aku katakan bahawa setiap yang ada di dunia ini ada asal-usulnya, ada penciptanya?”

“Ya. Aku setuju. Aku setuju bahawa setiap yang ada didunia punyai asal-usulnya dan penciptanya. Tapi, aku nyata masih ragu-ragu. Jika benar Allah itu wujud, mengapa kita tidak mampu melihat-Nya?”

‘Wahai anak muda, apa pegangan agamamu?”

“Aku seorang Nasrani. Aku yakin Isa itu anak Allah kerana dia boleh dilihat dan dia pernah wujud”.

“Anak muda, aku mahu bertanya. Adakah kamu setuju bahawa anak ayam akan menyerupai ibunya? Adakah kamu percaya, anak kambing akan menyerupai ibunya?”

“Pasti.”

“Lalu, bagaimana kamu boleh katakan Isa itu anak Tuhan, sedangkan Tuhan tidak mati dan Isa pula mati.”

“Jangan kamu cuba memutar belit. Kamu belum menjawap persoalanku lagi. Kamu orang islam, tak nampak Allah, tapi bagaimana kamu percaya ia wujud?”.

“Anakku. Bagaimana jika aku katakan bahawa bukan semua perkara boleh kita lihat, tapi kita tahu ia wujud. Lihat dirimu, apa kau mampu melihat otak yang berada dalam kepalamu? Apa kau mampu melihat jantung yang berada dalam badanmu? Bagaimana pula dengan udara. Apa kau mampu melihat udara? Tidak. Tapi kau tahu ia wujud. Allah juga begitu. Kita tak mampu melihat Allah, kerana itu kehendak-Nya. Allah tidak sama seperti makhluk. Jika kita mampu melihatnya, itu tanda bahawa kita hebat. Maka, Allah sengaja menyembunyikan wajah-Nya, supaya kita merasakan bahawa Dia hebat. Dia Berkuasa. Bahkan, Dia mampu berbuat apa saja. Seperkara, Allah itu tidak boleh dilihat di dunia kerana Dia hanya boleh dilihat oleh ahli syurga sahaja. Maka anak muda, jawab pertanyaanku tadi. Allah tidak mati, jadi mengapa Isa yang kau kata anak Tuhan boleh mati? ”

“Jika begitu, khabarkan kepadaku siapa ayah isa?”

“Penciptaan Isa itu sesungguhnya sama seperti penciptaan Adam. Manusia pertama di bumi. Allah Maha Kuasa. Dia mampu menjadi segala sesuata dengan kehendaknya. Maka, kerana itu Dia jadikan Isa, tanpa bapa.”

“Baiklah wahai ulama. Aku berpuas hati dengan jawapanmu. Tapi aku cuma ada satu persoalan sahaja lagi. Apa bukti Allah wujud?”

“Buktinya ialah dirimu.”

“maksudmu?”

“Jika Allah tiada, maka siapa yang menciptakan bumi ini?”

“Ia terjadi sendiri”

“Tadi kau setuju bahawa setiap yang wujud atas bumi ini ada penciptanya bukan? Maka, mustahil bumi ini boleh wujud dengan sendiri”

“Mengapa mustahil?”

“Kerana jika sesuatu itu boleh wujud dengan sendiri, pasti kau akan melihat bahawa manusia pasti tidak mampu membina rumah kerana setiap kali mereka menebang pokok, pokok itu akan tumbuh kembali. Kamu juga pasti tidak akan mampu makan, kerana setiap kali kamu menyembelih bianatang, pasti binatang itu akan kembali hidup kembali, tidak mati-mati. Kamu juga pasti tidak mampu untuk berjalan kemari untuk bertemu denganku, kerana sekali kau melangkah, kamu pasti akan terjatuh kerana permukaan bumi yang sentiasa boleh berubah-ubah sesuka hati. Kamu juga akan dapati bahawa ada hari yang ada siang, dan ada hari yang ada malam. Siang dan malam boleh berlaku, dan boleh tidak berlaku. Sesukahati. Kamu juga akan mendapati bahawa hujan boleh turun selama 1 tahun tanpa henti. Semua bolah berlaku jika kamu kata alam ini tiada kuasa yang mengawal. Tapi, segala yang berada atas muka bumi ini sangat teratur. Sempurna. Bukankah ini tanda bahawa ada satu kuasa yang mencipta, mengurus dan mentadbir alam ini?”

“Ya. Tidak dinafikan. Tuhan lah yang mentadbir alam ini”

“Jadi pada perkiraanmu, adakah tuhan itu mati atau Tuhan Yang Maha Hidup?”

Senyap..

“Bagaimana, adakah Tuhan yang mati menguruskan alam ini, atau Tuhan yang Maha Berkuasa?”, ulama itu mengulangi pertanyaan. Raut wajahnya tetap tenang kerana dia pasti bahawa pemuda itu sudah faham.

Lalu, dengan perlahan pemuda itu menjawab, “Tuhan yang tidak mati”

Lalu dia bangkit, “Ketahuilah wahai ulama. Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan selain Allah, dan Muhammad itu pesuruh Allah”.

_____________

Setiap orang islam percaya bahawa Allah itu wujud. Tapi seringkali, ‘kewujudan Allah’ hanya ada pada akal kita. Tidak pada hati. Hati kita masih tidak merasakan kewujudan Allah. Kerana itu, kita masih bergelumang dengan maksiat, seolah-olah kita tidak diperhatikan. Seolah-olah kita tidak akan di hisab, dan seolah-olah kita tidak akan diberikan balasan.

Muhasabah diri…
Kita ini sama seperti orang yang baru convert kepada islam. Kita banyak tahu, tapi sedikit sekali kita faham. Kita tahu itu haram, ini dosa. Tapi kita masih tetap melakukannya. Kerana apa? Kerana kita masih tidak dapat merasakan bahawa Allah itu wujud dalam hati kita. Hanya akal yang mengiyakan, tapi hati seolah-olah menafikan.

Bagaimana jika kita mati tanpa Allah ada dalam hati?
Nauzubillah..

Ya Allah, berilah kami kekuatan untuk mengingati-Mu, untuk bersyukur kepada-Mu dan untuk beribadah kepada-Mu dengan baik.

admin : dyana adyana =)

BATAS AURAT WANITA

Batas aurat wanita adalah wajah dan telapak tangan sebagaimana disebutkan dalam hadits:


Hadis riwayat Aisyah r.a, bahwasanya Asma binti Abu Bakar masuk menjumpai Rasulullah dengan pakaian yang tipis, lantas Rasulullah berpaling darinya dan berkata, “Hai Asma, sesungguhnya jika seorang wanita sudah mencapai usia haid (akil balig) maka tidak ada yang layak terlihat kecuali ini,” sambil beliau menunjuk wajah dan telapak tangan. (HR Abu Daud dan Baihaqi).

SYARAT-SYARAT PAKAIAN MUSLIMAH
Pada dasarnya seluruh bahan, model, dan bentuk pakaian boleh dipakai, asalkan memenuhi syarat-syarat berikut.

1. Menutup seluruh tubuh kecuali wajah dan telapak tangan.
2. Tidak tipis dan transparan.
3. Longgar dan tidak memperlihatkan lekuk-lekuk dan bentuk tubuh (tidak ketat).
4. Bukan pakaian lelaki atau menyerupai pakaian lelaki.
5. Tidak berwarna dan bermotif terlalu menyolok. Sebab, pakaian yang menyolok akan mengundang perhatian lelaki. Dengan alasan ini pula, maka membunyikan (menggemerincingkan) perhiasan yang dipakai tidak diperbolehkan walaupun itu tersembunyi di balik pakaian.

KESALAHAN DALAM BERPAKAIAN
Berikut digambarkan beberapa kesalahan wanita muslimah dalam berpakaian:





































































BERJILBAB DENGAN BENAR
Berikut gambaran bagaimana cara berpakaian yang benar bagi seorang muslimah:















































Sumber: alikhwan.wordpress.com

jaga 7 sunnah rasulullah s.a.w.

Cerdasnya orang yang beriman adalah, dia yang mampu mengolah hidupnya yang sesaat, yang sekejap untuk hidup yang panjang. Hidup bukan untuk hidup, tetapi hidup untuk Yang Maha Hidup. Hidup bukan untuk mati, tapi mati itulah untuk hidup.
Kita jangan takut mati, jangan mencari mati, jangan lupakan mati, tapi rindukan mati. Kerana, mati adalah pintu berjumpa dengan Allah SWT. Mati bukanlah cerita dalam akhir hidup, tapi mati adalah awal cerita sebenarnya, maka sambutlah kematian dengan penuh ketakwaan.
Hendaknya kita selalu menjaga tujuh sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:
Pertama: Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.
Kedua: Membaca Al-Qur’an sebelum terbit matahari Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur’an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.
Ketiga: Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu shubuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.
Keempat: Jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.
Kelima: Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.
Keenam: Jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, “Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah”.
Ketujuh: Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.
Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya. Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi, dan dengan zikir berbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme.
“Wahai tuhan ku, aku tak layak kesyurgamu …namun tak pula aku sanggup keNerakamu……..,kami lah hamba yang mengharap belas darimu ……..Ya Allah jadikan lah kami hamba2 mu yang bertaqwa……ampunkan dosa2 kami, kedua ibubapa kami, dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia”
Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga). – Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.
By: Mohamad Firdaus