~ 10 CIRI2 MUNGKIN ITU JODOH KMU ~

Seperti hadis yang biasa didengari dari Abu Hurairah r.a Rasulullah s.a.w bersabda:

"Wanita dikahwini kerana 4 hal (perkara):
kerana harta bendanya,
kerana keturunannya,
kerana keindahan wajahnya,
dan kerana ketaatannya kepada agama.

Maka pilihlah wanita yang taat kepada agama, maka kamu akan berbahagia."

(Terjemahan Hadis: Sahih Bukhari)

1.Bersahaja
Kekasih kta tu bersikap b'sahaja n x berlakon. Cuba tgok cara dia b'pakaian, cara b'cakap, cara dia ketawa serta cara makan n minum. adakah dia spontan n tak kekok or nmpak pelik. Kalau dia nampak kurang selesa dengan perbuatannya, confirm dia just berlakon depan korang. Kadang2, kta dapat rasa yang dia sedang berpura². Tapi, andai kata dia tampil bersahaja n tidak dibuat-buat, means dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak,dia mungkin bukan jodoh kita.

2. Gembira bersamanya
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia jadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3.Terima kita seadanya
Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, Dia tidak ambil peduli. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung.yg dia tahu, kita adalah miliknya skg dia juga sedia melupakan kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4.Sentiasa Jujur
Dia tidak marah dengan apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum agama. Sikap jujurnya menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh di buat2. Kita Dapat merasakan sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak dari berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5. Percaya Mempercayai
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Ada kalanya rahsia ini perlu d'lupakan supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada pasangan mereka dibandingkan dengan member2 yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6.Senang Bekerjasama
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama dlm hidup ini. Kita dan dia perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara baik, perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlu lah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita happy melakukan nya bersama si dia. Ini penting sbb dia mempengaruhi kehidupan kita pada masa kan dtg. Jika tiada kerjasama, susah bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab 100%. Bukankah ini menyusahkan?

7.Memahami Diri kita
Bagi pasangan yang berjodoh, dia pasti memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di waktu kita sedang bercerita, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam apa jua keadaan. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia m'harungi pahit manis dalam percintaan.

8.Tampilkan kelemahan
Tidak ada siapapun yang sempurna di dunia ini. tipu lah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna dari segala segala aspek. confirm kita semua memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9.Kata hati
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah naluri hati yg dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan naluri hati ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat meneka reaksi nya. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahkanlah segala ketentuannya pada Allah S.W.T.

10. Solat Istikharah Dan Tawakkal
Jodoh Dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh Yang Maha Esa. Adakalanya, Dalam memainkan peranan sebagai pelakon, Diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan Solat Istikharah dan memohon supaya Allah SWT memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izin-NYA kita mendapat petunjuk-NYA. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia dan insyaAllahu Ta'ala di akhirat kelak. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepada-NYA dan terus berdoa.

No comments:

Post a Comment