9 MIMPI RASULULLAH S.A.W



Daripada Abdul Rahman Bin Samurah RA berkata, Nabi Muhammad SAW bersabda:

“Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Israqkan……..”


1-Aku telah melihat seorang dari umatku telah di datangi oleh malaikatul maut dengan keadaan yg amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya,maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.

2-Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyiksakan, diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.

3-Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.

4-Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikat Ahzab,tetapi SOLATNYA YANG KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.

5-Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga di halang dari meminumnya,ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga ia merasa puas.

6-Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan-kumpulan, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka dengan MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA membolehkan dia menyertai kumpulan para nabi dan duduk di sebelahku.

7-Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap gelita di sekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang-benderang.

8-Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidak pun membalas bicaranya,maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya,lalu berbicara mereka dengannya.

9-Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya, maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu terbentenglah muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.


Sabda Rasulullah SAW yang mulia, “sampaikanlah pesananku kepada umatku yang lain walaupun dengan sepotong ayat”

Hamba Allah atau hamba duit..

Pertama kita kena fahami maksud hamba ni..secara mudahnya..hamba ialah..seseorang yg sanggup bersusah payah utk mendapatkan sesuatu yg disukainya..

Kita masuk tentang “hamba Allah”..kita tahu kita ummat beragama Islam adalah hamba Allah..sebagai hamba kepada Allah kita sewajarnya berusaha memperbanyakkan ibadah kita utk mendapatkan keredhaan-Nya..yg ni dinamakan hamba Allah..

Okay..skrg kita masuk tentang “hamba duit”..contoh situasi, kita sanggup berpenat lelah utk dapatkan gaji yg lumayan..shingga tlupa kewajipan n tanggungjawab kita terhadap Pencipta..haaa..yg ni d nmakan hamba duit..


So skrg kita tergolong dalam golongan yg mana satu????renung2kan..


1) Wahai anak-anakku, telah tiba saatnya kalian kembali kepada ALLAH swt dengan meninggalkan pelbagai keseronokan dan kealpaan kehidupan dan menyingkirkannya jauh daripada kehidupan kalian. Telah tiba saatnya kalian bangun dan melakukan solat subuh secara berjemaah. Sudah sampai saatnya untuk kalian menghiasi diri dengan akhlak yang mulia, mengamalkan kandungan al-Quran serta mencontohi kehidupan Nabi Muhammad saw.

2) Aku menyeru kalian wahai anak-anakku untuk solat tepat pada waktunya. Lebih dari itu, aku mengajak kalian wahai anak-anakku, untuk mendekat diri kepada sunnah Nabi kalian yang agung.

3) Wahai para pemuda, aku ingin kalian menyedari dan menghayati makna tanggung jawab. Kalian harus tegar menghadapi kesulitan hidup dengan meninggalkan keluh kesah. Aku menyeru kalian untuk menghadap ALLAH SWT dan memohon keampunan dari-Nya agar Dia memberi rezeki yang berkat kepada kalian. Aku menyeru kalian supaya menghormati orang yang lebih tua dan menyayangi orang yang lebih muda.Aku ingin kalian tidak tertidur oleh alunan-alunan muzik yang melalaikan, melupakan kata-kata yang menyebutkan cinta kepada manusia dan dunia serta menggantikannya dengan kata amal, kerja dan zikir kepada ALLAH. Wahai anak-anakku, aku amat berharap kalian tidak sibuk dengan muzik dan tidak terjerumus ke dalam arus syahwat.

4) Wahai puteriku, aku ingin kalian berjanji kepada ALLAH akan mengenakan hijab secara jujur dan betul. Aku meminta kalian berjanji kepada ALLAH bahawa kalian akan mengambil peduli tentang agama dan Nabi kalian yang mulia. Jadikanlah ibunda kalian, Khadijah dan Aisyah, sebagai teladan. Jadikan mereka sebagai pelita hidup kalian. Haram hukumnya bagi kalian untuk melakukan sesuatu yang boleh menarik perhatian pemuda supaya mendekati kalian.Kepada semua, aku ingin kalian bersiap sedia untuk menghadapi segala sesuatu yang akan datang. Bersiaplah dengan agama dan ilmu pengetahuan. Bersiaplah untuk belajar dan mencari hikmah. Belajarlah bagaimana hidup dalam kegelapan yang pekat. Latihlah diri kalian agar dapat hidup tanpa elektrik dan peralatan elektronik. Latihlah diri kalian untuk sementara waktu merasakan kehidupan yang sukar.

5) Biasakan diri kalian agar dapat melindungi diri dan membuat perancangan untuk masa depan. Berpeganglah kepada agama kalian. carilah sebab-sebabnya dan tawakal kepada ALLAH.

sumber: http://on.fb.me/1nMNN04

FADHILAT BEBERAPA SURAH DALAM AL- QURAN

( Pernah buat tak camni? Bila keluar makan/minum atau tengah pegang gelas berisi air, tiba2 ada rasa xpuas hati kat sesiapa, then 'ter'mengumpat depan air tu, atau marah2 depan air, pendek kata cakap benda2 negatif la depan air tu. Pernah buat x? Tau tak sebenarnya air tu 'perakam' yang terbaik? Ia akan 'rakam' semua yang ada depannya. Sebab tu kalau perasan, orang selalu baca Yassin depan air, sebab nak 'rakam' vibration2 dan energy2 positif dari Al Quran itu. Air kan akan 'bersatu' dalam badan kita. Ce bayangkan anda sedap ngumpat2, dan marah2 (energy negatif) depan air,lepastu minum pulak air yang di'rakam' dengan aura negatif tu? Ahha, sebab tu kadang2 kita cepat emo, susah nak terima ilmu, payah nak berubah yang lebih baik, sebab kita dah 'rakam' benda2 negatif dan masukkan dalam badan kita. Wallahualam. nak SHARE silakan..



💮Surah Al-Fatihah dapat Memadam kemurkaan Allah SWT.
💮 Surah Yasin dapat menghilangkan rasa dahaga atau kehausan pada hari Kiamat.
💮 Surah Dukhan dpt membantu kita ketika menghadapi ujian Allah SWT pada hari kiamat.

💮 Surah Al-Waqi’ah dapat melindungi kita daripada ditimpa kesusahan atau fakir.

💮 Surah Al-Mulk dpt meringankan azab di dalam kubur.

💮 Surah Al-Kauthar dapat merelaikan segala perbalahan.

💮 Surah Al-Kafirun dapat menghalang kita daripada menjadi kafir ketika menghadapi kematian.

💮 Surah Al-Ikhlas dpt melindungi kita daripada menjadi golongan munafiq.

💮 Surah Al-Falq dpt menghapuskan perasaan hasad dengki.

💮 Surah An-Nas dpt melindungi kita daripada ditimpa penyakit was-was.

Seterusnya, bagi menangani Syaitan Durjana dikatakan juga:-
💮 Ketika anda membawa AL-QURAN, respon syaitan ialah biasa saja, tengok je... 

💮 Ketika anda membukanya, syaitan mula curiga.
💮 Ketika anda membacanya, syaitan mula gelisah.
💮 Ketika anda memahaminya, dia mula kejang.
💮 Ketika anda amalkan . dalam kehidupan setiap hari, dia stroke....Teruskan membaca AL-QURAN dan amalkannya agar syaitan terus stroke.
💮 Ketika anda ingin menyebarkan pesanan ini, syaitan pun mencegahnya.
💮 Syaitan kata, 'JANGAN SEBARKANNYA, KERANA IA TIDAK PENTING LANGSUNG...

Soalan Pemuda Kristian Kepada Dr Zakir Naik



WATCH THIS ~

PRAYING IN PUBLIC



org2 mcm ni yg kta patut sanjung..muhasabah diri la ek?

ANTARA MAKANAN KEGEMARAN BAGINDA S.A.W

1. Barli – Bagus untuk demam jika dibuat sup.

2. Kurma – Nabi berkata rumah yang tidak mempunyai kurma adalah seperti rumah yang tidak ada makanan.

3. Buah Tin – Buah dari syurga. Boleh mengubati buasir.

4. Anggur – Nabi suka buah anggur. Ia membersihkan darah, menguatkan buah pinggang, membersihkan perut

5. Madu – Ia adalah makanan segala makanan, minuman segala minuman, ubat segala ubat. Mengubati cirit birit jika dibancuh dengan air panas, membuka selera, menguatkan perut, membuang kahak. Elok diminun waktu pagi dengan air suam.

6. Tembikai (Segala Jenis) – Nabi berkata wanita mengandung tidak akan gagal melahirkan anak yang baik dari segi perwatakkan dan wajahnya.

7. Susu – Nabi berkata susu baik untuk membuang panas badan. Menguatkan belakang,memperbaiki otak memperbaharui pandangan mata, membuang kelupaan.

8. Cendawan – Baik untuk mata, perancang keluarga.

9. Minyak Zaitun – Rawatan kulit dan rambut. Melambatkan penuaan, merawat radang perut.

10. Delima – Membersihkan tubuh dari syaitan & bisikan syaitan selama 40 hari.

11. Air – Minuman terbaik. Jika dahaga hendaklah disedut perlahan-lahan. Jangan diteguk. Mudah mendapat sakit pada hati~

WALLAHU 'ALAM :))

~ PILIHLAH WANITA KERANA AGAMA YG ADA PADANYA ~

Seperti hadis yang biasa didengari dari Abu Hurairah r.a Rasulullah s.a.w bersabda:

"Wanita dikahwini kerana 4 hal (perkara):
kerana harta bendanya,
kerana keturunannya,
kerana keindahan wajahnya,
dan kerana ketaatannya kepada agama.

Maka pilihlah wanita yang taat kepada agama, maka kamu akan berbahagia."

(Terjemahan Hadis: Sahih Bukhari)

Seperti yg disabdakan oleh Rasulullah s.a.w:

“Siapa yg menikahi wanita kerana ketinggian kedudukannya, pernikahan itu tidak akan membawa sesuatu kepadanya kecuali kehinaan. Barangsiapa menikahi wanita kerana hartanya maka itu tidak akan menambah sesuatu kepdanya kecuali kemiskinan. Barangsiapa yg menikahi wanita kerana keturunannya, perkawinan itu tdk akan menambah sesuatu kepadanya kecuali hina dina. Dan barang siapa yg menikahi wanita dgn tujuan agar dapat menahan pandangannya, memelihara kehormatannya atau menghubungkan silaturahim, Allah akan memberikan berkah kepadanya bersama wanita itu dan memberikan berkah kepada wanita itu bersamanya.”
(H.R. Abu Nuaim)

di dalam hadis lain juga menyebut Sabda Rasulullah SAW:

“Janganlah kamu menikahi wanita kerana kecantikannya; boleh jadi kecantikannya itu akan membuat mereka hina. Janganlah kamu menikahi wanita kerana hartanya; boleh jadi hartanya itu akan membuat mereka zalim. Tapi nikahilah mereka kerana agamanya. Wanita hamba sahaya yg tuli namun beragama adalah lebih baik.”
(H.R. Ibnu Majah)

CARILAH pasangan hidupmu, yg jikalau engkau melihatnya, engkau pasti akan teringat pd Allah, serta bertambah imanmu kpd Allah...

Akan tetapi, JANGANLAH engkau mencari pasangan hidupmu, yg jikalau engkau melihatnya, engkau pasti melupai Allah, dan engkau teringat akan nafsu kejahatan...

Sesungguhnya, itu hanyalah godaan syaitan yg akan mengheretmu ke lembah kemaksiatan...

Wallahualam. ;)

~ 10 CIRI2 MUNGKIN ITU JODOH KMU ~

Seperti hadis yang biasa didengari dari Abu Hurairah r.a Rasulullah s.a.w bersabda:

"Wanita dikahwini kerana 4 hal (perkara):
kerana harta bendanya,
kerana keturunannya,
kerana keindahan wajahnya,
dan kerana ketaatannya kepada agama.

Maka pilihlah wanita yang taat kepada agama, maka kamu akan berbahagia."

(Terjemahan Hadis: Sahih Bukhari)

1.Bersahaja
Kekasih kta tu bersikap b'sahaja n x berlakon. Cuba tgok cara dia b'pakaian, cara b'cakap, cara dia ketawa serta cara makan n minum. adakah dia spontan n tak kekok or nmpak pelik. Kalau dia nampak kurang selesa dengan perbuatannya, confirm dia just berlakon depan korang. Kadang2, kta dapat rasa yang dia sedang berpura². Tapi, andai kata dia tampil bersahaja n tidak dibuat-buat, means dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak,dia mungkin bukan jodoh kita.

2. Gembira bersamanya
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia jadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3.Terima kita seadanya
Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, Dia tidak ambil peduli. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung.yg dia tahu, kita adalah miliknya skg dia juga sedia melupakan kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4.Sentiasa Jujur
Dia tidak marah dengan apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum agama. Sikap jujurnya menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh di buat2. Kita Dapat merasakan sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak dari berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5. Percaya Mempercayai
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Ada kalanya rahsia ini perlu d'lupakan supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada pasangan mereka dibandingkan dengan member2 yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6.Senang Bekerjasama
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama dlm hidup ini. Kita dan dia perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara baik, perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlu lah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita happy melakukan nya bersama si dia. Ini penting sbb dia mempengaruhi kehidupan kita pada masa kan dtg. Jika tiada kerjasama, susah bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab 100%. Bukankah ini menyusahkan?

7.Memahami Diri kita
Bagi pasangan yang berjodoh, dia pasti memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di waktu kita sedang bercerita, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam apa jua keadaan. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia m'harungi pahit manis dalam percintaan.

8.Tampilkan kelemahan
Tidak ada siapapun yang sempurna di dunia ini. tipu lah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna dari segala segala aspek. confirm kita semua memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9.Kata hati
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah naluri hati yg dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan naluri hati ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat meneka reaksi nya. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahkanlah segala ketentuannya pada Allah S.W.T.

10. Solat Istikharah Dan Tawakkal
Jodoh Dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh Yang Maha Esa. Adakalanya, Dalam memainkan peranan sebagai pelakon, Diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan Solat Istikharah dan memohon supaya Allah SWT memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izin-NYA kita mendapat petunjuk-NYA. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia dan insyaAllahu Ta'ala di akhirat kelak. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepada-NYA dan terus berdoa.

~ 7 PERKARA ~

Wahai wanita-wanita Islam, antara 7 perkara yg perlu diambil perhatian bg muslimah...

 1) BULU KENING Menurut Bukhari, Rasulullah melaknati perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening ~HR Abu Daud~ 

 2) KAKI MEMAKAI GELANG BERLOCENG :

  • Dan janganlah mereka (perempuan) menghentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. ~surah An-Nur ayat 31~ 
  • keterangan ayat.. Menampakkan kaki dan menghayunkan/melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatkan dengan loceng sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah.. 


 3) WANGIAN :

  • Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutama pada hidung yang berserombong kapal..kata orang sekarang hidung belang.. ~HR Nasaii. Ibn Khuzaimah dan Hibban~ 


 4) DADA :

  • Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka... ~Surah an-Nur ayat 31~ 


 5) GIGI :

  • Rasulullah saw melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya ~HR At-Thabrani~ Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi lebih cantik, yang mengubah ciptaan Allah.. ~HR Bukhari & Muslim~ 


 6) MUKA & LEHER :

  • Dan tinggallah kamu (perempuan) dirumah kamu janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu.. keterangan.. Bersolek (make up) dan menurut Miqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang jahilliah.. 


 7) MUKA & TANGAN :

  • Asma bt Abu Bakar telah menemui Rasulullah saw dengan memakai pakaian nipis.. sabda Rasulullah "Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja...  

WALLAHU 'ALAM... C&P                                                              

❥ YAKINLAH JODOH TERBAIK PASTI ADA

" ❥ Seseorang hadir dlm hidupmu karena sebuah alasan,dia datang menawarkan kebahagiaan dan juga kekecewaan.. 

 ❥ Kadang, ada yang hanya datang menyapa saja, tetapi ada pula yang sudah jauh melangkah.. 

 ❥ Mereka datang silih berganti meninggalkan kenangan yang terkadang perih.. 

 ❥ Namun, percayalah,Akan ada seseorang yang datang dan menetap sepanjang masa hidupmu. 

 ❥ ALLAH sengaja membiarkanmu bertemu dengan beberapa orang yang salah, sebelum akhirnya mempertemukanmu dengan orang yang tepat agar kamu bisa mensyukuri kurnia-NYA dan bisa belajar dengan semua kesalahanmu.. 

 ❥ Jangan pernah menganggap sakit hatimu sebagai cara untuk menjauhi indahnya hidup.. 

 ❥ Tapi jadikanlah sakit hatimu sebagai pelajaran yang sangat berharga dalam hidupmu..

 ❥ Yakinlah ALLAH telah menyiapkan Jodoh yang terbaik untukmu.. 


Ya Allah.. jika bukan dia yang tercipta untukku kau tetapkanlah hatiku pada pemilik yang sebenar.. #Amin Ya rabilalamin.. :') #

BACA !! BAHAYA NI !!

Semua wanita wajib baca.. 
Lelaki juga wajib baca untuk mereka yang terrsayang .. 
HARUS BACA !!!!!!!!!!!!!! 
Ini adalah sangat menakutkan, serupa dengan kes Ms Canny Ong. 
Pada suatu hari, terdapat seorang wanita yang berhenti di stesen minyak untuk mengisi minyak. Setelah selesai memenuhkan tangki minyak selepas membayar menggunakan kad kredit di pam dan ingin meninggalkan stesen tersebut, atendan di dalam kedai lantas bercakap menerusi speaker dan memberitahu sesuatu yang berlaku dengan kad itu dan meminta wanita itu masuk ke dalam untuk membayar tunai. Wanita itu keliru kerana dia telah selesai mengisi minyak dan pembayaran menggunakan kad kredit telah diluluskan. Dia menunjukkan isyarat tangan kepada atendan tersebut dan bersiap sedia untuk meninggalkan tetapi atendan tersebut sekali lagi menggesa wanita tersebut masuk ke dalam kaunter kedai untuk membayar tunai. Dengan perasaan sedikit marah, wanita itu terus masuk ke dalam kedai dan mempertikaikan tindakan petugas tersebut dan menuduh dia menipu. Atendan tersebut memberitahu supaya wanita itu bertenang dan mendengar dengan teliti Atendan memberitahu ketika wanita tersebut sedang mengisi minyak, dia telah melihat seorang lelaki telah masuk ke dlm kereta dan bersembunyi dikerusi belakang . Dengan segera beliau telah menghubungi pihak polis. Wanita tersebut terus menjadi takut dan segera melihat pintu keretanya terbuka dan lelaki itu telah menyusup keluar dan meninggalkan kereta itu dengan tergesa-gesa. Kes baru-baru ini didapati mempunyai kaitan dengan ujian untuk permulaan geng jenayah terbaru dimana memerlukan seseorang untuk membawa balik bahagian badan seorang wanita .. Salah satu cara yang mereka lakukan adalah dengan merangkak perlahan-lahan dan menyusup masuk ke dalam kereta wanita manakala sasaran utamanya adalah stesen minyak atau di kedai runcit pada waktu malam. Kemudian, mereka akan potong kaki / buku lali mangsa menculik mereka dan kemudiannya membunuh dan mencerai-beraikan mereka. Kaedah lain adalah dengan memaksa wanita itu masuk ke dalam kereta kemudian menculik mereka, Sila sebarkan ini kepada wanita lain, orang muda dan tua. Pertama, wanita seharusnya lebih berhati-hati apabila ingin masuk ke dalam kereta pada waktu malam. Kedua, Jangan letakkan kereta di tempat sunyi atau terpencil semata-mata ingin mendapatkan tempat letak kereta percuma! Ketiga, Jika boleh, elakkan memandu seorang diri pada waktu malam! Ini adalah situasi sebenar! Penculikan! Pembunuhan! Putus dan anggota badan dicerai-ceraikan! Ini semua berlaku di Malaysia ! Jadikan amalan : . 
1. Pastikan kereta berkunci setiap masa walaupun anda meninggalkan kereta sebentar. 
2. Periksa sekeliling kereta sebelum masuk ke dalam kereta. 
3. Sentiasa peka terhadap sebarang tanda-tanda pelik dari persekitaran anda dan individu lain di dalam sekitar umum, terutama pada waktu malam . 

⇨ cOpy pAste jew ^ ^ ⇦ w

ALLAHYARHAM AHMAD AMMAR AHMAZ AZAM

BIODATA ALLAHYARHAM AHMAD AMMAR AHMAZ AZAM


  • Ahmad Ammar Ahmad Azam yang berusia 20 tahun merupakan pelajar cemerlang tahun dua bidang sejarah di Marmara University (Goztepe) Istanbul. Ahmad Ammar telah kembali ke rahmatullah pada petang Sabtu 2 November 2013 akibat kemalangan jalan raya. Beliau merupakan anak keempat dan satu-satunya anak lelaki Tuan Haji Ahmad Azam Abd Rahman, mantan Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM). Beliau juga merupakan pelajar cemerlang SPM 2010 di Maktab Tentera Dirajadan memilih menyambung pengajian dalam bidang Sejarah di Turki.
KEISTIMEWAAN JENAZAH ALLAHYARHAM AHMAD AMMAR


  • Beliau sangat dihormati di Turki, Allahyarham Ahmad Ammar disolatkan di Masjid Ayub Sultan, Istanbul dan disemadikan di Perkuburan Eyub Sultan menghadap Laut Golden Horn di mana tanah perkuburan ini menempatkan lebih 60 jasad para sahabat nabi, auliya’, panglima Uthmaniyyah dan orang-orang kenamaan di sana.
SEBAB JENAZAH ALLAHYARHAM AHMAD AMMAR DIMULIAKAN DI TURKI

  • Pada umur yang masih muda, Ahmad Ammar telah mengembara banyak tempat untuk menuntut ilmu, menimba pengalaman dan mencurah bakti untuk kesejahteraan ummah tanpa mengira bangsa dan agama. Selain itu, beliau juga telah menjadi sukarelawan untuk menyertai misi kemanusiaan seperti di negara Syria. Ahmad Ammar juga pernah berhasrat untuk mati Syahid ketika menyertai misi kemanusiaan. Selain itu, Ahmad Ammar amat dikenali kerana mempunyai budi pekerti yang baik, tekun, berdisiplin, taat, bercita-cita tinggi dan sikap hormatnya kepada yang lebih dewasa. Ahmad Ahmad juga dihormati sebagai seorang yang kuat ilmu agama dan aktif dalam dakwah memperjuangkan agama Islam. 



PETIKAN SAJAK KETIKA AKU MATI

Ketika aku mati
Ketika keranda jenazahku dibawa keluar
Jangan pernah kau fikir aku akan merindui dunia ini
Jangan kau titiskan airmata
Jangan kau mengeluh atau menyesal
Aku bukannya jatuh dalam jurang yang mengerikan

Ketika kau melihat jenazahku diusung
Jangan kau tangisi kepergianku
Aku bukannya pergi
Aku baru tiba menemui cinta yang abadi

Ketika kau tinggalkan aku di kubur
Jangan kau ucapkan selamat tinggal
Ingatlah.. kuburan itu hanyalah selabuh tirai
Yang melindungi syurga di sebaliknya
Kau hanya melihatku diturunkan ke liang lahad
Sekarang saksikanlah aku bangkit

Mana mungkin ada pengakhiran saat matahari terbenam atau bulan tenggelam
Kau anggap itu pengakhiran bak terbenamnya mentari
Namun hakikatnya fajar yang bakal menjelma

Ketahuilah...
Ketika kuburan mendakap dirimu
Saat itu jiwamu benar-benar bebas

Apakah kau pernah melihat benih yang jatuh ke bumi,
tidak menumbuhkan kehidupan baru?
Mengapa kau ragu pada benih yang menumbuhkan manusia?

Apakah kau pernah melihat timba yang diturunkan ke dalam telaga,
dinaikkan kembali tanpa apa-apa di dalamnya?

Mengapa meratap untuk jiwa yang pergi?
Sedangkan dia akan kembali seperti Yusuf muncul dari telaga.

Ketika untuk kali terakhir kau menutup mulutmu
Kata-kata dan jiwamu akan menjadi milik dunia
Yang padanya tiada sempadan ruang dan masa


  • Al - Fatihah kita sedekahkan buat Allahyarham Ahmad Ammar. WALLAHU 'ALAM