ALLAHYARHAM AHMAD AMMAR AHMAZ AZAM

BIODATA ALLAHYARHAM AHMAD AMMAR AHMAZ AZAM


  • Ahmad Ammar Ahmad Azam yang berusia 20 tahun merupakan pelajar cemerlang tahun dua bidang sejarah di Marmara University (Goztepe) Istanbul. Ahmad Ammar telah kembali ke rahmatullah pada petang Sabtu 2 November 2013 akibat kemalangan jalan raya. Beliau merupakan anak keempat dan satu-satunya anak lelaki Tuan Haji Ahmad Azam Abd Rahman, mantan Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM). Beliau juga merupakan pelajar cemerlang SPM 2010 di Maktab Tentera Dirajadan memilih menyambung pengajian dalam bidang Sejarah di Turki.
KEISTIMEWAAN JENAZAH ALLAHYARHAM AHMAD AMMAR


  • Beliau sangat dihormati di Turki, Allahyarham Ahmad Ammar disolatkan di Masjid Ayub Sultan, Istanbul dan disemadikan di Perkuburan Eyub Sultan menghadap Laut Golden Horn di mana tanah perkuburan ini menempatkan lebih 60 jasad para sahabat nabi, auliya’, panglima Uthmaniyyah dan orang-orang kenamaan di sana.
SEBAB JENAZAH ALLAHYARHAM AHMAD AMMAR DIMULIAKAN DI TURKI

  • Pada umur yang masih muda, Ahmad Ammar telah mengembara banyak tempat untuk menuntut ilmu, menimba pengalaman dan mencurah bakti untuk kesejahteraan ummah tanpa mengira bangsa dan agama. Selain itu, beliau juga telah menjadi sukarelawan untuk menyertai misi kemanusiaan seperti di negara Syria. Ahmad Ammar juga pernah berhasrat untuk mati Syahid ketika menyertai misi kemanusiaan. Selain itu, Ahmad Ammar amat dikenali kerana mempunyai budi pekerti yang baik, tekun, berdisiplin, taat, bercita-cita tinggi dan sikap hormatnya kepada yang lebih dewasa. Ahmad Ahmad juga dihormati sebagai seorang yang kuat ilmu agama dan aktif dalam dakwah memperjuangkan agama Islam. 



PETIKAN SAJAK KETIKA AKU MATI

Ketika aku mati
Ketika keranda jenazahku dibawa keluar
Jangan pernah kau fikir aku akan merindui dunia ini
Jangan kau titiskan airmata
Jangan kau mengeluh atau menyesal
Aku bukannya jatuh dalam jurang yang mengerikan

Ketika kau melihat jenazahku diusung
Jangan kau tangisi kepergianku
Aku bukannya pergi
Aku baru tiba menemui cinta yang abadi

Ketika kau tinggalkan aku di kubur
Jangan kau ucapkan selamat tinggal
Ingatlah.. kuburan itu hanyalah selabuh tirai
Yang melindungi syurga di sebaliknya
Kau hanya melihatku diturunkan ke liang lahad
Sekarang saksikanlah aku bangkit

Mana mungkin ada pengakhiran saat matahari terbenam atau bulan tenggelam
Kau anggap itu pengakhiran bak terbenamnya mentari
Namun hakikatnya fajar yang bakal menjelma

Ketahuilah...
Ketika kuburan mendakap dirimu
Saat itu jiwamu benar-benar bebas

Apakah kau pernah melihat benih yang jatuh ke bumi,
tidak menumbuhkan kehidupan baru?
Mengapa kau ragu pada benih yang menumbuhkan manusia?

Apakah kau pernah melihat timba yang diturunkan ke dalam telaga,
dinaikkan kembali tanpa apa-apa di dalamnya?

Mengapa meratap untuk jiwa yang pergi?
Sedangkan dia akan kembali seperti Yusuf muncul dari telaga.

Ketika untuk kali terakhir kau menutup mulutmu
Kata-kata dan jiwamu akan menjadi milik dunia
Yang padanya tiada sempadan ruang dan masa


  • Al - Fatihah kita sedekahkan buat Allahyarham Ahmad Ammar. WALLAHU 'ALAM

No comments:

Post a Comment