“Assalamualaikum.”
Kedengaran suara wanita mengucapkan salam. Adam yang sedang kusyuk menikmati
pembacaannya terganggu seketika. Dia mengubah posisinya daripada meniarap kepada berbaring dan kemudian dia turun
daripada birai katilnya.
Dia meletakkan komik “under 18” di atas
meja betul-betul terletak bersebelahan dengan katil bujangnya.
Kemudian dia keluar dari biliknya
meninggalkan komik “under
18” yang dia baca
lima minit lepas. Hampir ke penghabisan
dia membaca komik itu.
Tiba-tiba ada pula gangguan yang
datang dari arah
luar rumah sewanya. Adam mengintai di sebalik
tingkap rumahnya
yang betul-betul menghadap
ke arah pintu
pagar rumah sewanya. Malangnya dia tidak
dapat melihat muka gerangan wanita yang
mengucapkan salam sebentar
tadi kerana terhalang oleh tumbuh-tumbuhan yang sedang subur menjalar
memanjat pintu pagar rumahnya. Inilah perangai Adam yang
malas hendak membersihkan semak-samun di luar
rumahnya. Semak samun
di belakang rumahnya juga
sedang subur pertumbuhannya. Adam tinggal bersama seorang sahabatnya, Zaini. Akibat daripada semak-samun yang menghalang pandangannya, dia terpaksa keluar dari rumahnya untuk melihat
siapakah gerangan “minah si pengganggu” itu. Dia mengheretkan kakinya berjalan ke arah
pintu rumah. Terasa berat kakinya hendak melangkah.
“Assalamualaikum.”
Sekali lagi kedengaran suara wanita itu mengucapkan salam. Adam terus memutar tombol
pintu dan membuka pintu rumahnya dan
keluar berjalan menuju pintu pagar
rumahnya. Langkah demi
langkah Adam merapati
wanita itu. Tiba-tiba, dia terhenti dan terpaku melihat wajah wanita itu. Sepertinya dia ‘familiar’ dengan wajah wanita yang sedang berada di hadapan rumahnya kini. Wajah wanita itu cantik dan mulus
tanpa ada sebarang
cacat cela yang mengotori wajah wanita
itu.
“Aku kenal wanita ini. Mana mungkin aku lupa akan wajah
wanita ini,” bisik hati Adam.
“Aduh.. tapi kenapa dia ke mari??”
Masih dia ingat
kali terakhir dia melihat
wajah wanita itu sejak kejadian
yang tidak akan pernah dia lupakan
itu. Wanita itu pergi
meninggalkan dia sendirian bersama cintanya untuk wanita
itu tanpa sebarang alasan. Adam pernah menyimpan
perasaan untuk menagih
kasih daripada wanita itu suatu ketika
dahulu. Akan tetapi apa
yang Adam nanti-nantikan
hanyalah sia-sia dan tiada ertinya. Wanita berwajah mulus itu pergi meninggalkannya
setelah wanita itu melakarkan
janji-janji yang telah memberikannya
harapan dan kemudian
wanita itu sendiri yang memungkiri janji-janji itu seterusnya merobek hati Adam.
“Assalamualaikum.”
Wanita itu mengucapkan salam untuk
yang ketiga kali. Adam terhenti daripada lamunannya. Dia segera menjawab
salam wanita itu.
Dia berlari-lari anak ke
pintu pagar rumahnya di mana
wanita itu sedang menunggu. Adam melemparkan satu senyuman kepada wanita itu kemudian wanita itu membalas senyumannya. Jantung Adam sepertinya
terhenti seketika.
“Senyuman wanita itu,” detak hati kecil Adam.
Senyumannya itulah
yang membuatkan dia pernah jatuh hati kepada
wanita itu. Senyumannya lain daripada
wanita yang
pernah Adam kenal. Hanya senyuman
wanita itu yang dapat
membuatkan jantungnya seolah-olah terhenti seketika. Hanya senyuman
wanita itu jugalah yang telah
meluluhkan hati Adam
seterusnya mengubah corak kehidupannya.
“Ehemm...”
Wanita itu berdehem. Adam mengerti maksud wanita
itu. Dia menguntumkan senyuman kepada
wanita itu. Dia tahu wanita
itu sedang memerhatikan
dirinya yang termangu seketika tadi.
“Ada apa hal awak
ke sini?? Dan macam mana
awak boleh tahu alamat
rumah saya??”
“Takde ape-ape. Saja nak jenguk awak. Lama dah
tak jumpa awak. Zaini yang bagi
alamat awak kat
saya. Mulanya dia
tak nak bagi. Tapi saya kata
saya ada hal
penting nak cakap kat awak.
Akhirnya dia mengalah juga.”
“Hal penting apa pula
sampai nak ke rumah saya
ni??”
“Kan saya dah kata tadi.
Saya datang ni cuma
nak jenguk awak.
Tak boleh ke cik
abg
oiiii??”
Mengekek wanita
itu ketawa. Adam juga turut tertawa melihat
wanita itu mengekek. Senyuman dan gelak tawa wanita yang manis itu
tidak pernah luput daripada ingatan
Adam. Senyuman dan gelak tawa
wanita itu, sentiasa membuatkan jantung
Adam bagaikan terhenti kerana kaku
dan terpukau oleh kemanisan
yang ada pada senyuman
dan gelak
tawa wanita itu. Seolah-seolah di
hadapannya kini ialah seorang
bidadari. Senyuman dan gelak tawa
wanita itu jugalah
sentiasa membuatkan hatinya terasa tenteram dan
tenang. Meskipun senyuman dan gelak
tawa itu pernah menyematkan rasa kebencian
di dalam hatinya. Sehinggakan dia terpaksa pergi membawa hati yang
luka berdarah itu jauh bersama angin bayu dan
kenangan manis yang
tak akan pernah dia lupakan
dan
ditanamnya ke lubuk hati kelamnya yang paling
dalam. Namun saat pertemuan
mereka semula itu selepas
lima tahun seolah-olah telah memberi nur yang
baharu yang dahulunya pernah menjadi kelam dan
kusam. Adam merasakan seperti rasa itu telah kembali
bersarang di hatinya
itu. Rasa bahagia itu
mula tersemat di
dalam hati Adam. Memang Adam pernah mencintai wanita itu. Tetapi perasaan itu dia
telah buang
jauh-jauh dari hatinya
kerana wanita itu pergi meninggalkannya
tanpa
sebarang alasan dan
yang paling memilukan
lagi, apabila Adam mengetahui
pemergian wanita itu
adalah untuk menjauhi
dirinya. Wanita itu pergi seterusnya
memusnahkan janji-janji
mereka dan harapan
Adam yang telah menggunung
menagih balasan cinta daripada
wanita itu. Akhirnya, Adam mengalah dari terus
mencintai wanita bernama Sofea itu.