M!naT + sUkA + sAyaNg = C!nTa

CINTA ialah merupakan cetusan perasaan atau emosi kepada sesuatu. Ianya perasaan cinta kita pada seseorang di mana kita memang mengharapkan dia menjadi milik kita. Segala apa yang kita buat, sebolehnya kita nak si dia tahu dan kita sedaya upaya tak nak melukai hati si dia yang tersayang walaupun kadang-kadang tanpa kita sedari kita dah melukai hati dan perasaannya. Kita akan sentiasa berfikir tentang dirinya. Perasaan cinta yang tulus tidak akan mengharapkan apa-apa balasan.
SUKA ialah perasaan sukakan seseorang. Apabila kita bersama dengan dia kita rasa hidup ceria je dengan gelak ketawa. Kita suka sebab sifat atau perangai si dia yang ceria dan happy-go-lucky. Tapi kalau kita tak berjumpa dengan dia dalam satu tempoh yang lama. Kita still rasa cool tanpa perasaan rindu atau gelisah hati.
SAYANG ialah perasaan sayang di mana kita memerlukan dia di masa kita mahukan seseorang untuk berkongsi rahsia dan kisah suka duka kita. Kebiasaannya kita akan sayangkan seseorang yang menjadi pendengar setia kepada masalah kita. Yang sentiasa berada disisi kita seperti seorang kawan baik.
MINAT ialah sesuatu  yang ada pada seseorang seperti sifat, peribadi, aura atau lain-lain yang membuatkan kita minat pada dia dan untuk mendekatinya. Contoh macam kita minat artis lelaki seperti Anuar Zain. Maybe kita minat pada rupa paras yang kacak atau suara yang merdu yang menyebabkan kita tertarik untuk mendekatinya. Tapi kita hanya sekadar minat pada rupa dia bukannya jatuh cinta, sayang atau suka.
Tanpa adanya perasaaan minat, suka dan sayang.. Maka tidak akan lahirnya perasaan CINTA pada seseorang itu kerana semua perasaan minat, suka dan sayang itu pelengkap kepada perasaaan cinta...
MINAT + SUKA + SAYANG = CINTA 

4 comments:

  1. wal???konpom ka pa kw say nhe??how do u know???

    ReplyDelete
  2. ni bru cket...byk lg bha meaning dy..hahaha..

    ReplyDelete