12 ADAB DALAM MEMBACA AL-QURAN


Para ulama memberitahu bahawa terdapat enam adab zahir dan enam adab batin dalam membaca al-Quran.

  • ADAB ZAHIR :
  1. Duduk dengan penuh hormat dalam keadaan berwuduk menghadap ke arah kiblat.
  2. Jangan membaca dengan cepat, bacalah dengan tartil dan tajwid.
  3. Berusahalah untuk menangis walaupun terpaksa dibuat-buat
  4. Tunaikan hak-hak ayat azab dan ayat rahmat (pada ayat yang menceritakan azab dan ancaman daripada Allah S.W.T, doakanlah perlindungan daripada Allah S.W.T kerana tiada cara lain untuk keselamatan daripada azab itu selain daripada berdoa. Manakala pada ayat yang menceritakan rahmat daripada Allah S.W.T, pohonlah doa rahmat dan keampunan dengan penuh tafakur dan tadabbur (ketelitian yang mendalam).
  5. Sekiranya terdapat kemungkinan riak atau mengganggu orang lain maka bacalah dengan suara yang perlahan. Sekiranya tidak, maka bacalah dengan suara yang kuat.
  6. Bacalah dengan suara yang merdu kerana banyak hadith yang menekankan kepentingan membaca al-Quran dengan suara yang merdu.
  • ADAB BATIN :
  1. Sematkan keagungan al-Quran dalam hati sebagai perkataan yang paling agung.
  2. Kebesaran, ketinggian,dan keagungan Allah S.W.T sebagai Tuan kepada al-Quran hendaklah disematkan di dalam hati.
  3. Sucikan hati daripada segala was-was dan khayalan.
  4. Renungkanlah dengan mendalam makna-makna kalimah al-Quran dan bacalah dengan penuh kenikmatan.
  5. Usahakan hati supaya mengikut ayat yang dibaca. Contohnya semasa lidah membaca ayat rahmat, hati hendaklah penuh dengan kegembiraan semata-mata dan sekiranya ayat azab yang dibaca maka hati hendaklah bergetar ketakutan.
  6. Tumpukan pendengaran dengan sepenuhnya sehingga keadaan menjadi seolah-olah Allah S.W.T sedang berkomunikasi dengan kita dan kita sedang mendengarNya.

No comments:

Post a Comment